Latar belakang Tatu

Etimologi

Kata tatu berasal dari bahasa Tahiti di mana ia bererti "menandakan sesuatu". Bahasa-bahasa Polinesia yang serumpun (di Samoa, Tonga dan sebagainya) turut mempunyai perkataan yang berbunyi hampir sama atau tepat dengan makna yang berpadanan (misalnya tatau yang merupakan akar kata bahasa Inggeris '"tattoo"[1][2]).

Sejarah

Konsep pencacahan tubuh dalam kebudayaan dunia sudah lama didapati dan di seluruh pelusuk dunia. Menurut sejarah, cacahan tubuh sudah dilakukan sejak 3000 SM. Cacahan ditemukan untuk pertama kalinya pada sebuah mumia yang terdapat di Mesir, lalu kononnya difikirkan tersebar ke suku-suku di dunia, termasuk salah satunya suku Indian di Amerika Syarikat dan Polinesia di Asia, lalu berkembang ke seluruh suku-suku dunia salah satunya suku Dayak di Kalimantan.

Adat ini dikatakan mula menjadi masyhur dalam kalangan orang-orang Barat berikutan pelayaran Kapten James Cook ke kawasan Pasifik Selatan pada abad ke-18, di mana anak-anak kapal beliau dicacah oleh masyarakat peribumi di sana. Kegiatan ini mula diamalkan secara meluas dalam kalangan kelasi[3] namun lama kelamaan mula menjadi masyhur dalam kalangan orang kelas atasan temasuk kerabat diraja lewat tahun 1870-an,[4][5] perbuatan ini sendirinya menjadi suatu penanda pembahagian kelas sosial di Britain.[6]